bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
p/s: Cerita Ikan Masin ini adalah cerita benar bukan rekaan semata-mata..
©EB | Salted Fish |
"Umi InshaAllah ke KL" Status pada Wall FB Umi (My Aunt).
"Umi kalau pergi sini bawakan EB ikan masin boleh?" Aku bergurau tanda manja.
Namun tiada balasan daripada Umi. Aku mengandaikan Umi mungkin sibuk ataupun dah offline so tak sempat nak reply.
Selang beberapa hari Umi menghantar private message di FB aku.
Message Umi:-
"Hari tu EB minta ikan masinkan? Betulkah EB? Kebetulan Umi mahu ke KL 17 Mac, Khamis ni.. Kalau betul-betul mahu bagi Umi No.Hp senang contact.. Di KL nanti Umi tinggal tempat Kak Ayu di Taman Miharja."
Aku lantas membalas message Umi untuk mengiyakan pertanyaannya. Aku bagi kedua-dua No.Hp agar Umi senang untuk menghubungi aku nanti.
Ikan masin itu sepatutnya aku ambil pada hari Sabtu (19 Mac). Namun kerana aku ada pertandingan Futsal Liga Super do Putrajaya maka aku terpaksa tundakan dan ambil pada keesokan harinya iaitu pada hari Ahad. Umi bersetuju tapi aku perlu mengambil ikan masin tersebut di LCCT pada jam 10.00 pagi kerana Umi akan kembali ke Sabah keesokan harinya.
Pada keesokan hari, pada pukul 9.00 pagi Umi menelefon aku.
"Assalamualaikum, EB dimana sudah?" Umi bertanya tanda curiga.
"Waalaikumusalam Umi, Oh EB masih dirumah lagi tengah bersiap. Kenapa Umi?" Aku menerangkan kemudian bertanya kembali.
"Mmm belum naik train lagi kan? Macam ni, Umi tertinggal ikan masin tu kat rumah Kak Ayu. Umi dah siap bungkus dah semalam. Tapi masa nak gerak tadi pagi Umi terlupa nak bawa sekali ikan masin tu. Maaflah Umi betul-betul terlupa." Umi menerangkan kecewa.
"Hehehe.. Is okaylah Umi. Tiada masalah tu. Nanti EB pergi ambil ikan masin tu tempat Kak Ayu.." Aku cuba menenangkan Umi.
"Okaylah kalau macam tu. Nanti Umi bagi No.Telefon Kak Ayu dengan EB ok. Sorry EB.." Sekali lagi Umi meminta maaf atas kealpaan itu.
"Ok Umi. Thanks so much Umi. EB minta maaf sebab susahkan Umi. Nanti EB call Kak Ayu." Aku menenangkan Umi.
"Terima kasih EB. Insya-Allah lain kali Umi pergi lawat EB ah." ujar Umi.
"Insha-Allah Umi.. Have a pleasant journey Umi. Assalamualaikum.." Aku mendoakan keselamatan Umi.
"Waalaikumusalam.." Umi menjawap.
Setelah tidak dapat mengambil ikan masin itu daripada minggu lepas, finally today my Salted Fish Mission Accomplished!! EB telah berjumpa dengan Tasdiq, sepupu EB di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ambil ikan masin itu. Terima kasih banyak-banyak buat my cuzzy Tasdiq sebab sudi hantarkan ikan masin kiriman Umi itu tadi. Dek kerana anak Kak Ayu masih kecil dan tak ada orang nak jagakan, Kak Ayu tak dapat hantarkan. Takpe Kak Ayu EB faham..
Hehe.. Akhirnya melepaslah juga hajat aku untuk makan ikan masin dari Sabah. Ikan masin yang Cik Awek hantar dulu dah habis dah. Hee.. Taklah boring asyik makan ayam je. Biasalah orang kampung kena makan makanan kampung. Terima kasih banyak-banyak buat semua, Umi, Kak Ayu dan My Cuzzy Tasdiq. Okaylah aku nak bagi dapur bujang ni berasap dululah.. Hehehe...
p/s: Lepas ni nak cerita pasal Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Teruja!
4 comments:
sukaa dia dpt mkn ikan masin..hehe
@cik Dil
Hee mesti la.. hehehe.. Da lama x mkn tau..
senyum baca entri ni..
semangat btul EB tunggu ikan masin dari sabah.yg semenanjung punya rasa dia lain ke? huhu..
@Sophie Al-yahya
Senyum??
Waa happynya blh bt Sophie snyum..
Thanks Sophie..
Mmm bukan x suka smnjg pnya..
Tp mmg ada bezanya Sophie..
Hehhehe.. actly yg Umi eb bg ni yg jenis besar..
Ada lg yg jenis kecil mmg sedap...
Post a Comment