K A W A N

Thursday, April 21, 2011

Le Tour de RTM

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay pada hari Selasa lepas, aku ada bagitahu kat korang semua yang aku ada lawatan kerja ke RTM kan. Memandangkan Cik Sophie Al-Yahya ada meminta aku untuk buat review pasal lawatan kerja aku ke RTM, maka hari ini aku akan kongsikan apa yang berlaku semasa lawatan kerja tersebut. Aku akan bercerita dengan bantuan gambar okay.

Ok lawatan kerja ini adalah anjuran Kelab Khazanah, Kementerian Kewangan, Malaysia. Seramai lebih kurang 50 orang peserta daripada pelbagai Jabatan/Bahagian/Unit di bawah Kementerian Kewangan yang ikut serta dalam lawatan kerja ini. 2 buah bas Kementerian digunakan untuk lawatan ini.

Sesampainya di RTM, lokasi pertama yang dituju adalah Muzium RTM. Di dalam muzium ni pelbagai barangan elektrik dan elektronik yang digunakan sewaktu zaman Firaun lagi 50an lagi. Memang rare lah! Ada juga gambar-gambar penyampai radio, artis-artis, menteri-menteri dan bermacam-macam lagilah.

Kamera Lensa yang digunakan untuk membuat rakaman di Studio pada tahun 50an dahulu
Anda semua mesti suka menonton wayang di  merata panggung wayang yang ada di Malaysia ni kan. Tapi pernahkan anda melihat mesin atau peralatan yang digunakan untuk menayangkan wayang-wayang tersebut? Semestinya tidakkan. Dan mungkin juga ada yang pernah melihat model yang terbaru dan yang canggih-canggih di zaman ini. Tapi bagaimana pula yang ini:-

Mesin Tayangan ini digunakan semasa RTM di Jalan Ampang suatu ketika dahulu
Mesin ini kalau anda perasaan pernah digunakan untuk tayangan filem-filem melayu di kampung-kampung suatu ketika dahulu. Memang rare giler ah! Mesin ni bunyinya agak kuat. Hehehe.. Sekarang dah tak ada dah.

Setelah Muzium RTM kami terokai, seterusnya kami berjalan kaki pula ke bahagian Siaran Radio. Terdapat beberapa konti Rangkaian Radio Nasional, antaranya seperti Klasik NasionalMuzik FMKL FMTraXX FMAi FMMinnal FMAsyik FM. Dj-Dj Radio ni pun memang sporting-sporting belaka dan Dato' Noorrizan sempat lagi ke udara selama beberapa minit secara live di konti Radio Klasik Nasional. Aku ushar-ushar akak yang pakai shawl pelangi kat konti Ceramah Islam tapi dia sombong. Hehehe.. dia busy actually tapi sempat juga melambai-lambaikan tangan.

Kamera Otai!
Seterusnya kami melawat pula ke Bahagian Siaran TV di Studio 1 iaitu untuk rancangan Studio Angkasa yang bersiaran setiap hari Selasa jam 10.00 malam di TV1. Seterusnya kami ke Studio bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM), Bilik Berita TV1. Kemudian kami ke Bilik Pakaian, Bilik Jurusolek (Time ni Aida pembaca berita jam 1 di TV1 tengah make up.. Aku pun tak berapa nak kenal sebab aku tak tengok berita jam 1.. Hahaha.. Lagilah muka baru nak make-up, baru pakai bedak memang tak kenal langsung mukanye..)

Studio SPM |Mereka-mereka yang memeriahkan Sesi Lawatan Kerja ke RTM.
(Cari saya kat mana...)
Selepas itu kami ada jamuan makan tengahari yang disediakan oleh RTM. Terima kasih RTM untuk daging masak kicap, ayam masak lemak dan sayur kubis masak kunyit itu. Alhamdulillah kami kenyang. Sambil-sambil makan kami dipertontonkan dengan Video Korporat RTM sempena menyambut ulang tahun ke-65 tahun. Selamat Ulang Tahun ke-65 RTM! Huu.. Memang Teman Setia Anda!

Selesai kudapan dan pemberian cenderahati kami pun meminta diri untuk pulang sebelum kami dihalau. Sebelum pulang aku sempat bergambar bersama seorang artis terkemuka. Terkemukalah sangat. Jangan jeles. Hahaha.. Nak tahu siapa dia? Tapi janji korang jangan gelak tau! Dipersembahkan....

Amboi.. Amboi.. Amboi.. Azwan Ali yo! Hahaha..

p/s: Dah dah itu je.. Nanti aku update lagi.. Aku nak buat keje luk.. 

4 comments:

Anonymous said...

gelamer hencik EB nih..sekali azwann daaa...hihi

zati embong said...

jat da juling da mata cari eb.xde pun!haha

EB said...

@zOeY zAu YaH
Hahahaha glamer la sngt..
Len kali nak g Astro la..
Ramai skit artis.. Blh jmpe Pak Nil.. hehehe...
Azwan pn azwan la...

EB said...

@zati embong
Hahahaha saje bg Jat tcari²..
EB tau Jat mesti cr EB..
Xpe EB da jmpa da EB kat bwh nun.. Hehehehe.. Sorry..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...