K A W A N

Wednesday, April 13, 2011

Sekolah 'Kandang Ayam' | Part 2

سم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm


Al-salāmu'alaykum WBT.

Okay seperti yang dijanjikan hari ini aku nak sambung lagi cerita pasal sekolah 'Kandang Ayam', sekolah kebanggaan aku. Untuk cerita dan gambar sebelum ini anda boleh lihat dan baca di entri ini - "Bilalah Sekolah 'Kandang Ayam' Ku Akan Bertukar Konkrit??". Sebelum tu ampun maaf dipinta sekiranya gambar-gambar yang aku selitkan tak berapa terang. Gambar-gambar tu bukan daripada kamera aku sendiri tapi daripada pihak PIBG SMKPT yang prihatin terhadap permasalahan ini. Aku hanya melakukan sedikit editing dan toning sahaja. Terima kasih dan syabas kepada mereka.

Untuk pengetahuan semua, sekolah SMKPT ini dulu (20 tahun yang lalu) pernah didatangi oleh Datuk Seri Najib semasa beliau menyandang jawatan Menteri Pendidikan ketika itu (1995-1999). Beliaulah yang menandatangani perjanjian tapak baru sekolah ini (aku nampak beliau buat kali pertama ^^). Sekolah yang sepatutnya dibina di sebuah tempat yang bernama Bukit Payung (aku pernah tangkap ketam kat sini). Tapi sedih kerana kawasan tapak baru sekolah adalah kawasan tanah jerlus makanya tidak sesuai untuk dibuat bangunan sekolah disana. Hmmm..

Dan sehingga kini beginilah keadaan sekolah ku;

Setelah 22 tahun usia sekolahku, papan yang kukuh menjadi debu..
Lubang angin semula jadi, mereput dan daif..
Ini bukan sengaja dilubang-lubangkan..
Bahagian belakang dewan sekolah yang juga merupakan bilik darjah
mengundang pelbagai bahaya dan penyakit.
Lubang di belakang dewan, pembaikan menunggu peruntukan.
Sistem Perparitan Tidak Sempurna – Menimbulkan pelbagai wabak dan penyakit.


p/s: Nantikan bahagian ke-3 pula (ini bukan drama ini realiti). Bahagian yang lagi menyedihkan. Entah bilalah baru merasa anak-anak di sekolah ni bangunan sekolah yang baru. Adakah mereka akan menerima nasib yang sama seperti kami? Dah habis belajar still nampak sekolah lama yang semakin usang dan semakin usang ditelan waktu. 

8 comments:

NisaAdnan said...

KESIANNYA SEKOLAH DIORG. MCM MANA LA NAK BLAJA DGN SELESA KAN

A.I.N said...

harusss transform!!!!

EB said...

@NisaAdnan
Ini bukan sklh dOrg sahaja..
Inilah sekolah EB juga klu nak tahu.. Inilah sekolah yang membuatkan EB pndi skrg ni.. Yg buat EB b'kerjaya skrg ni.. Sekolah buruk ni lah segala² buat EB..

Sedih last year masa raya EB pergi tngk still mcm ni.. Sedih tau.. Semua ruang tpksa dgunakan sempit n sesak keadaan sekolah..

EB said...

@A.I.N
Bukan harus AIN...
Tapi WAJIB!! Hehehe..

airaniez wirdani said...

Kena tunggu ada pilihanraya kecil kat area sekolah awak tu,baru sekolah tu akan dibangunkan.Tak caya,tanya PM.haha

EB said...

@airaniez wirdani
Sabah boleh dikatakan majoriti adalah milik Kerajaan BN.. Kwsn ni pun adalah milik BN.. Tp ntah mana slpnya sklh ni asyk tlepas pandang je.. Xpela sabar Insha'Allah 1 hari nnti...

zati embong said...

jgn smpai nnt sekolah bahayakan keselamatan pelajar O.o

EB said...

@zati embong
Tu la pasal.. Risau jg tau...
Kwsn blkng dkt dewan tu mmg merbahaya.. Mcm² wabak pnyakit blh dpt kat sana tu.. Hmm x tau la ni Jat bila baru ada perubahannya.. Nnti EB mau p ambik gmbr kat sana bila EB balik nnti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...